Monday, November 7, 2016

Lemon Bekhasiat Untuk Tubuh Badan ??


1. Rawatan Kulit Berjerawat
Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.
Sumber : Google

2. Kuku Kuat Dan Cantik
Untuk mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam jari anda di dalam jus lemon selama 10 minit. Selepas itu, berus kuku anda dan rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Setelah itu, bilas jari anda dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.
Sumber : Google

3. Menghilangkan Kehitaman Ketiak Dan Siku
Lemon merupakan ekstrak yang selalu digunakan untuk produk pemutihan. Ia secara semula jadi digunakan sebagai ‘peluntur’ sejak turun temurun. Sekiranya anda ada masalah ketiak dan siku yang gelap, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang gelap itu. Lakukannya secara konsisten untuk melihat hasilnya. 
Sumber : Google

4. Menurunkan Berat Badan
Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.
Sumber : Google

5. Melembapkan Bibir
Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah lemon bias mengangkat sel-sel kulit mati pada bibir. Sel-sel kulit mati itulah yang sebenarnya membuat bibir kelihatan kering. Cara penggunaan dengan menyapu hirisan lemon segar pada bibir secara perlahan. Biarkan beberapa saat lalu basuh dengan air bersih. Lakukan perkara ini secara teratur. Lihat juga artikel cara melembapkan bibir untuk pengetahuan lebih dalam.
Sumber : Google

6. Pemutih Gigi
Kandungan kalsium yang terdapat pada perahan air lemon biasa digunakan sebagai cecair pemutih gigi. Caranya campurkan  perahan air lemon dengan sedikit backing soda. Sapukan pada gigi yang nampak kekuningan, biarkan selama kurang lebih satu minit. Kemudian berus dengan berus gigi dan basuh menggunakan air bersih. AMARAN : Jangan lakukan hal ini terlalu kerap. Asid dalam jus lemon juga  boleh merosakkan gigi kita.
Sumber : Google

No comments:

Post a Comment