Sunday, November 6, 2016

Makanan Yang Menyebabkan Timbulnya Jerawat


1. Donut
Ternyata makanan lazat ini termasuk dalam senarai makanan penyebab munculnya jerawat. Donat ternyata mampu menyebabkan jerawat kerana donat menggunakan proses menggoreng dan banyak menyerap minyak. Minyak yang diserap didalam donatlah yang menyebabkan makanan yang banyak penggermarnya ini menjadi salah satu makanan penyebab jerawat pada wajah. 
Sumber : Google

2. Kekacang
Walaupun kacang bukanlah menjadi punca utama jerawat, tetapi anda perlu memberi perhatian bahawa pengambilan berlebihan akan mengundang berbahaya pada wajah. Kacang mengandungi lemak yang boleh menyebabkan kulit berminyak secara berlebihan yang akhirnya boleh memberi kesan pada jerawat.
Sumber : Google

3. Kopi/ kafein
Sebenarnya kopi boleh membuatkan badan anda lebih segar dan tidak mengantuk. Ini kerana kerana kopi mengandungi caffein, dan ternyata caffein didalam kopi boleh menimbulkan jerawat. Jika anda meminum kopi pada waktu malam, dan ia akan membuatkan mata anda terjaga dan menyebabkan waktu tidur tidak teratur dan kerana itu, jerawat boleh semakin tumbuh subur.
Sumber : Google

4. Coklat
Coklat selain boleh menghilangkan stress, ianya juga boleh menyebabkan timbulnya jerawat pada wajah. Kandungan gula yang tinggi pada coklat mampu membuat daya tahan tubuh menjadi menurun sehingga bakteria dari luar dan mudah menyebabkan timbulnya jerawat.
Sumber : Google

5. Ayam Goreng
Jika difikir mungkin ramai yang tidak terima kalau ayam goreng merupakan salah satu makanan penyebab munculnya jerawat. Namun inilah hakikatnya, bahawa pengambilan ayam goreng dengan kerap boleh membekalkan minyak dan lemak kedalam tubuh. Kelebihan bekalan lemak dan ditambah dengan minyak yang sukar di cerna tubuh terbawa oleh darah yang kemudian digunakan untuk membentuk sel kulit baru. Hasilnya bukan kulit baru yang cantik yang terbentuk tetapi jerawat. 
Sumber : Google

6. Kentang Goreng
Sama juga dengan Donat, Kentang Goreng menjadi salah satu penyebab timbulnya jerawat kerana ianya juga menggunakan proses menggoreng dan juga menyerap minyak yang banyak.
Sumber : Google

7. Mee Segera
Jika anda mempunyai jerawat dan kerap mengambil makanan ini, cuba lah untuk berhenti okey. Mi Segera selain mengandungi bahan pengawet juga mengandungi lemak tepu yang tinggi. lemak dan bahan pengawet yang sukar dicerna tubuh ini boleh tertimbus di seluruh bahagian tubuh, tak terkecuali wajah yang menyebabkan munculnya jerawat.
Sumber : Google

8. Minuman Bersoda
Bukan hanya jerawat yang boleh di akibatkan dengan soda tetapi kesihatan juga boleh menyebabkan penyakit kerana soda. Dengan kerap meminum air berkarbonat, ianya juga boleh menimbulkan keradangan pada tubuh, maka hal ini boleh di sebabkan dengan adanya kandungan aspartame yang meningkatkan jerawat pada wajah dan juga dapat menurunkan PH pada tubuh.
Sumber : Google

1 comment:

  1. Casino games & apps at JT Games | JT Games Hub
    ‎Casino Games · ‎Play 양산 출장마사지 games from 하남 출장마사지 all 울산광역 출장안마 your favorite devices 성남 출장샵 · ‎Bet 시흥 출장마사지 Casino · ‎JT Games Casino Games App · ‎JT Games Casino App

    ReplyDelete