Monday, November 7, 2016

Jom Putihkan Gigi Anda Secara Semulajadi


1. Strawberi
Strawberi mengandungi asid malic yang mampu menanggalkan kekuningan pada permukaan gigi secara semulajadi. Tekstur strawberi itu sendiri mampu memperbaiki enamel, menjadikan gigi lebih putih dan berstruktur lebih licin. Untuk menjadikannya lebih berkesan, lenyekkan strawberi dan campurkannya dengan setengah sudu penaik sebelum diletakkan di atas permukaan gigi. Biarkan selama lima minit dan lakukan seminggu sekali.
Sumber : Google

2. Kulit Pisang
Kulit pisang mampu memutihkan gigi anda. Caranya sangat mudah, hanya memilih pisang yang matang tetapi elakkan yang kulitnya hitam. Gosok kulit pisang ke seluruh gigi, biarkan selama 10 minit. Selepas 10 minit, sikatlah gigi dengan berus gigi kering. Berus dengan gerakan memutar selama 1 – 3 minit. Kemudian basahkan berus gigi dan gunakan ubat gigi untuk membersihkan sisa-sisa pisang di gigi. Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi hasil yang optimal. Kalium, magnesium dan manganese, semuanya dari kulit pisang membantu untuk mengurangkan kotoran pada enamel.
Sumber : Google

3. Arang
Abu kayu mengandungi kalium hidroksida yang bertindak sebagai agen pembersihan. Jadi, ia boleh membantu apabila anda ingin mempunyai gigi yang putih dan berkilau. Tetapi, anda juga perlu ingat bahawa kayu abu boleh merosakkan gigi jika digunakan untuk tempoh yang lama.
Sumber : Google

4. Buah Pinang
Pada zaman dahulu, biji buah pinang berfungsi seperti ubat gigi selain daripada kayu sugi. Mereka akan membakar biji pinang dan hiris halus sebelum menggosokkannya pada gigi. Anda juga boleh mencubannya, Lakukan dua minggu sekali sudah memadai. 
Sumber : Google

5. Kulit Limau
Tahukah anda kulit limau yang biasa anda buang itu boleh digunakan untuk memutihkan gigi? Caranya mudah sahaja, Gosokkan kulit limau tersebut pada gigi anda selama 5-10 minit kemudian berus gigi anda seperti biasa. Lakukannya sehingga nampak perubahan warna gigi anda.
Sumber : Google

6. Buah Buahan
Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sepert epal, lobak, saderi atau pir boleh membersihkan serta memutihkan gigi secara semula jadi. Kandungannya yang berasid membantu memutihkan gigi dan kerangupannya merupakan pembersih gigi yang baik.

Sumber : Google

No comments:

Post a Comment