Tuesday, November 15, 2016

Tips Merawat Rekahan Kaki


1. Air Garam
Rawatan pedicure di rumah taklah sama seperti di salun kecantikan. Caranya mudah iaitu anda hanya perlu rendamkan kaki anda di dalam air suam yang bercampur garam dan syampu untuk 10 minit. Kemudian lapkan sehingga kering dan sapukan krim kaki. 
Sumber : Google

2. Krim Rekahan
Di kedai banyak terdapat krim antiseptik untuk tumit kaki merekah. Sapukan krim itu sebelum anda tidur. Jika mahu ke tandas, pakai selipar tandas supaya krim tidak tertanggal atau hilang. 
Sumber : Google

3. Minyak Zaitun
Jika anda tidak berminat menggunakan krim tumit, minyak zaitun merupakan salah satu alternatif lain yang boleh anda cuba. Sapukan sedikit minyak zaitun pada tumit kaki dan pakai stokin. Jadi kulit akan lebih mudah meresap vitamin yang ada dalam minyak zaitun. 
Sumber : Google


4. Pisang
Tahukah anda, anda boleh gunakan pisang yang masak untuk merawat tumit kaki? Hancurkan pisang tersebut dan letakkan pada tumit anda yang merekah selama 15 hingga 20 minit. Selain boleh merawat tumit merekah, ia juga boleh melembap dan menyejukkan tumit anda. Bersihkan sebelum anda tidur. 
Sumber : Google


5. Air Ros Dan Glycerin
Campurkan air ros dan glycerin dalam mangkuk. Sapukan pada tumit anda setiap hari selama 15 hingga 20 minit dan bersihkan dengan air. Selepas sebulan, insyaAllah anda pasti akan lihat hasilnya. 
Sumber : Google

1 comment:

  1. Lucky Club Casino site - Lucky Club
    Lucky Club Casino is a modern online casino that is licensed by the Malta Gaming Authority. Lucky Club luckyclub.live online casino is based in Malta. They are Casino Promotion: Lucky Club Casino: 150% up to C$ 500

    ReplyDelete