Monday, November 21, 2016

Scrub Badan Untuk Kulit Cantik Dan Halus


1. Scrub Gula
Gunakan gula perang ataupun gula putih biasa, minyak kelapa ataupun minyak sayuran. Campurkan kedua-duanya dalam nisbah 2:1 supaya bagi setiap sudu minyak anda menambah 2 sudu gula. Mudah, bukan? Boleh mula gosok di badan. Menariknya lagi ialah pengelupasan satu cara yang bagus untuk membuang kulit-kulit mati pada badan kita yang selalunya berlaku di belakang, punggung dan belakang lengan. Gunakan gula (lebih lembut daripada skrub garam) ketika mandi setiap minggu atau setiap bulan.
Sumber : Google

2. Scrub Madu
Hanya perlukan madu mentah. Semua tahu kehebatan madu pada kecantikan dan kesihatan anggota tubuh badan. Hanya ambil sebahagian kecil madu, urut di bibir pecah-pecah anda, kulit kusam, lutut, siku kasar. Hasilnya sungguh berbaloi.  
Sumber : Google

3. Scrub Teh Hijau
Untuk membuat skrub teh hijau, anda perlukan teh hijau yang kuat, gula putih dan juga madu. Beberapa sudu teh hijau dicampur dengan gula putih dan madu untuk dijadikan pes skrub. Jadi, lepas ini hanya perlu eksperimen di rumah sahaja untuk kulit lembut bak sutera.  
Sumber : Google
4. Scrub Strawberi
Ini antara yang paling menarik dan mengeluarkan bau yang cukup asyik. Anda perlukan gula putih, buah strawberi dan juga minyak badam. Minyak, gula dan strawberi dicampurkan dan digaul sebati. KakYah suka kerana skrub  penjagaan kulit  ini akan meninggalkan muka anda cerah, segar dan lembut seperti bayi.  
Sumber : Google

5. Scrub Garam Laut
Anda perlukan black lava sea salt, minyak zaitun dan nenas. Jika anda cenderung kepada kulit berminyak, ini mungkin skrub yang sesuai dan boleh anda cuba. Garam dan minyak zaitun dicampurkan ke dalam nenas yang sudah dikisar halus. Ini menjadikan kulit anda lebih baik, segar dan lebih bercahaya juga lembut, malah boleh disapukan di bahagian belakang badan jika anda mengalami jerawat badan. 
Sumber : Google

No comments:

Post a Comment