1. Mulakan Hari Anda Dengan Protein
Menurut
penyelidikan di Purdue University, pengambilan protein tanpa lemak seperti
putih telur atau yogurt rendah lemak ketika bersarapan akan membuatkan anda
kenyang lebih lama berbanding pengambilan itu pada waktu lain. Joan Salge
Blake dari klinik nutrisi di Boston University pula menyarankan supaya
mengambil protein tanpa lemak sebanyak 30g ketika bersarapan.
Sumber : Google |
2. Amalkan Makan Limau Gedang
Nutrition
and Metabolic Research Center di The Scripps Clinic, San Diego
mendapati seseorang yang mengambil separuh limau gedang setiap kali waktu makan
boleh menurunkan 1.6kg berat badan dalam tempoh 3 bulan. Selain itu, buah dari
jenis limau bali yang berwarna kuning dan oren juga dapat menurunkan kadar
hormon insulin yang mengawal gula darah dan metabolisme lemak.
Sumber : Google |
3. Berpeluh Dan Lakukan Senaman Kardio
Penyelidikan
yang diterbitkan American Journal of Physiology menjelaskan latihan kardio
intensiti tinggi selama 60 minit mampu mengurangkan selera makan sehingga dua
jam. Ingin latihan yang maksimum? Lakukan latihan kardio dengan latihan
invertal, iaitu latihan dari perlahan kepada laju yang dilakukan berulang kali
dan berehat di atara latihan tersebut.
Sumber : Google |
4. Kentang
Menurut
Katherine Beals, associate professor Jabatan Nutrisi di University of
Utah, kentang termasuk dalam karbohidrat kompleks yang menghadam makanan dengan
lebih lama dan mampu mengurangkan nafsu makan. Cubalah ambil kentang panggang (bukannya
kentang goreng) untuk makan malam yang mengandungi 100 kalori.
Sumber : Google |
5. Kunyah Gula Gula Getah
Hasil
kajian oleh Kathleen Melanson, associate professor nutrisi
dari University of Rhode Island, seseorang yang mengunyah gula-gula getah
selama satu jam pada waktu pagi akan mengurangkan 67 kalori ketika makan
tengahari. Ini kerana gula-gula getah dapat merangsang saraf pada rahang yang
berhubung dengan otak yang bertanggungjawab memberi rasa kenyang. Jadi,
pilihlah gula-gula getah yang rendah gula dan ia dapat mengurangkan nafsu makan
dan juga membakar 11 kalori per jam.
Sumber : Google |
6. Aroma Buah Buahan
Hidu
aroma seperti pisang, epal hijau dan vanila. Menurut Alan Hirsch, pengarah
neurological di The Smell & Taste Treatment and Research
Foundation di Chicago, semakin kerap anda menghidu aroma-aroma ini,
semakin banyak penurunan berat berlaku secara semulajadi. Jika tiada produk
vanilla, anda boleh nyalakan lilin yang beraroma vanilla di meja makan atau
dapur rumah.
Sumber : Google |
No comments:
Post a Comment