Thursday, November 3, 2016

Tips Hilangkan Bekas Jerawat Menggunakan Lidah Buaya


Jom Kenali Lidah Buaya

Lidah buaya merupakan salah satu tanaman herba yang sudah digunakan sejak zaman dahulu sebagai bahan untuk ubat-ubatan mahupun kosmetik. Lidah buaya juga memiliki manfaat bagi kesihatan kulit, termasuk dalam hal mengatasi jerawat kerana ia memiliki kandungan senyawa yang bermanfaat untuk kulit. Lidah buaya atau disebut juga aloevera seringkali digunakan untuk merawat kulit hingga perawatan rambut.


Sebenarnya, banyak cara yang boleh digunakan untuk merawat jerawat dengan kaedah menggunakan Aloevera (Lidah Buaya). Antaranya ialah :

1. Mask Lidah Buaya

  1. Sediakan daun lidah buaya.
  2. Daun kemudian direbus di dalam air panas selama beberapa minit.
  3. Sambil direbus, cairan dikacau kacau sehingga membentuk seperti gel.
  4. Tunggu rebusan gel tadi hingga sejuk, Selepas itu, gel  dah boleh dipakai sebagai masker wajah. Sapukan gel pada seluruh wajah, terutama bahagian yang berjerawat dan bekas jerawat.
  5. Untuk hasil yg cepat, biarkan masker lidah buaya selama 20 minit, kemudian bilaslah wajah anda dengan air suam hingga bersih.
Sumber : Google

2. Gel Lidah Buaya

  1. Sediakan lidah buaya yang dah siap dipotong. Perah lidah buaya sehingga keluar gelnya yang seperti jelly.
  2. Hati-hati ketika memerah, pastikan gel jernih dan tidak ada cecair kuning yang bercampur dari kulit daun lidah buaya.
  3. Gunakan gel lidah buaya secara terus ke wajah atau boleh sapukan 2 kali sehari pada bekas jerawat.
  4. Biarkan selama 1 jam agar dapat meresap ke kulit wajah.
  5. Jangan lupa untuk membersihkan wajah sebelum dan sesudah penggunaan gel lidah buaya.
Sumber : Google

3. Jus Lidah Buaya

Bagi anda yang ingin kesan yg cepat dari dalam tubuh, lidah buaya dapat anda manfaatkan dengan dibuat jus untuk diminum, Lidah buaya mampu memperbaiki jaringan kulit yang mengalami kerusakan. Dengan demikian, jus lidah buaya memiliki manfaat dan kelebihan tersendiri dibandingkan pemakaian dari luar. Berikut ini ialah manfaat meminum jus lidah buaya :
  1. Membersihkan darah
  2. Mengurangi peradangan dan infeksi jerawat
  3. Mengecilkan pori pori kulit
Sumber : Google

4. Lidah Buaya Dengan Lemon, Madu Dan Kunyit

  1. Ambil gel daripada lidah buaya.
  2. Hancurkan gel dengan menggunakan blender.
  3. Tambahkan ekstrak lemon, kunyit, madu, susu dan beberapa titis ait mawar jika ada. Pilih salah 1 bahan utk dicampur.
  4. Aduk sehingga rata kesemua bahan tadi dan boleh disimpan di dalam peti ais utk seketika.
  5. Selepas itu boleh digunakan untuk dibuat masker. 
  6. Sehingga beberapa minit, boleh bilas masker tadi menggunakan air suam.
Sumber : Google






No comments:

Post a Comment